Friday, September 30, 2011

perlu ke menipu?

salam.

kadang2 menipu ni 1 keperluan jugak bukan. kadang2 boleh jadi 1 kemestian, kadang2 pula boleh jadi 1 tabiat. hurm. sape antara korang yg xpenah menipu? sila angkat jari kelingking anda. fuh. aku percaya sume org penah menipu. sape xpenah menipu baik jgn jadi org, jadi malaikat jelah.

menipu ni bagi aku boleh je di haruskan tapi ikut situation la. aku pon kadang2 suka menipu. misalnya ibu tanya dah ade boypren ke? aku ade perasaan malu bila ibu tnya bab cenggini. jadinya aku menipu mengatakan xda. haha. kan dh menipu 2. pepatah dulu2, "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri". betul ke? dulu zaman aku kecik2 aku takut sgt nak menipu. kanak2 la kategori yg paling mulia aku rasa. sebabnya kanak2 selalunya jujur. xpandai nak ckp bohong ni sbb dah dididik oleh mak ayah mahupun org sekelilingnya. ibu slalu ckp dulu2, lau nanti mencuri boleh kena potong tangan. sebab itulah zaman aku kecik2 xsempat nak menipu2 ni.

bile dah besar, hambek kau. menipu sikit2 2 biasa, tapi menipu keterlaluan itu adalah luar biasa bagi aku. menipu vs memfitnah. sama dengan je besar dosanya kot. tapi dosa memfitnah 2 lebih besar dosanya drpd membunuh. dasyat bukan.

menipu itu 1 keperluan bagi aku jika dalam situasi itu mmg memerlukan aku untuk menipu. misalnya member2 ajak kua lepak2, aku ckp duit xda. walhal ayah x izinkan. terpaksa menipu di sini adalah untuk mengelakkan dorang ckp aku mcm2 lagi. biaselah, mulut org kita xtau bukan. bukan sume kwn aku baik2. haha. berani mati kau aku ckp mcm ni. naluri ayah, sekilas ikan dlm akuarium, die bley tau mne jantan mne betina. begitu jugak ngan ayah. tau mne kawan yg baik, terbaik malah terburuk yg kita ada.

situasi lain yg biasa memaksa aku untuk menipu misalnya incik bf msg2 aku then time 2 plak aku ngah ade problem xkesah la problem ape, aku menipu ckp crdt xde nak msg walhal perlukan masa tuk diri sendiri. maklum ah xsuka bila ade problem then nak wat org lain rse x happy ngan kita. ops i noe u read dis dear.
>_<

erkkkkk kantoi bodoh namanya ni. haha. sowie5.... lebiu.

erm situasi lain plak yg slalu memaksa aku tuk menipu lagi bila ada mmber2 gado sesama sendiri, dorang biasanya akan b'cerita dgn mmber2 yg lain termasuk aku. bila aku tau si A ckp gini then c B cakap gini. bile A n B tnye aku, aku akan jwb jwpn yg klise. haha. malas nak msk cmpur tp adat org pompuan, bile masing2 dh gado, ade la yg penyebarnya. kdg2 terpaksa buat mcm ni tuk elakkan keadaan makin bertambah panas. dorang tnye aku jwb yg tipu je. padahal ade je dgr cite itu n ini.


ada manusia suka menjadikan menipu 2 tabiat yg sukar diubah. hurm maybe. tp seorang teman aku ade mengatakan jgn smpi jadikan menipu 2 sebagai makanan kita. bahaya katanya. :) betul. aku sokong. menipu untuk menyelamatkan keadaan itu baik tapi menipu tuk memudaratkan keadaan itu tidak baik.

terpulang pada diri individu itu sendiri. tepuk dada tanya selera.

okeh tengkiu 4 reading.


Thursday, September 29, 2011

best ke kawen?? jawab jgn xjawab!

salam.

best ke kawen? eh paling tepat nikah. best ke? yg dh kawen sila jwb. haha. biasalah dah nak hujung2 taun ni mulelah masing2 melayang2 kad kawen masing2.. nak invited member n sedara mara malah jiran tetangga juga. umo mcm aku skrg a.k.a 24 taun, org tua2 kata sedang elok n tengah2 ranum tuk bernikah. kalau 20 itu terlalu muda, kalau 30 pula terlalu tua. bergantung pada jodoh masing2. ada org itu jodohnya jatuh pada umur 17, ada org itu pula jodohnya jatuh pada 45 tahun. sumanya kuasa ALLAH TAALA.

kalaulah kuasa jodoh itu di tangan aku, aku dh tetapkan 25 nak kawen. sebab musabab? 25 nombor ganjil. haha. eh apedehal ngan 25? sebab aku rasa 25 2 xterlalu tua, n xterlalu muda. sedang2 bukan. itu kalau jodoh di tangan aku la. tp apakan daya, ianya bukan terletak di tangan aku. sumanya takdir yg menentukan.

ada org berkahwin sebab nak elakkan maksiat, ada org berkahwin sebab nak dapatkan harta, ada org berkahwin sebab mak bapak suh kawen n ade org berkahwin sebab serunya sudah smpi. sebenarnya ada byk musabab lagi. bergantung pada seseorang itu. tp ni pendapat aku. xtau lah korang mcm mana pula.

tapi,
berapa ramai pasangan yg telah berkahwin menyesali setiap perkahwinan tersebut? ramai bukan. bagi yg dahulu time cinta cintun, perangai xsama apabila dah berkahwin. contoh time cple, xda langsung si lelaki naik tangan walau sikit kat si perempuan. tp bila dh kawen mula tunjuk belang. siap naik kaki sekali. yg jadi mangsa? si perempuan. contoh lain pula, time cple, si perempuan kata pandai memasak itu dan ini, tp bila dah kawen, masak nasi pon mentah! yg rasa tertipu, si suami la.

itu situasi yg aku rasa. mcm mana pula ngan korang?

kawen mmg senang. ckp kawen pon senang. xcaya? cuba ckp K.A.W.E.N.  senang bukan? haha.

bagi korang2 yg nak kawen 2, persiapkan diri korang selengkap2nya. andai rasa xboleh nak bagi kerjasama, xboleh nak kawal perasaan cemburu buta, xboleh nak rasa harta dikongsi a.k.a harta sepencarian, xboleh nak bagi nafkah zahir n batin n xboley nak wat ape saja yg dirasakan xboley, SEELOK2NYA elakkan berkahwin dulu. duduk dulu n fikir n seterusnya baru korang bertindak. aku ckp mcm ni pon tuju kat diri aku jugak. andai rasa xboley, baik jgn teruskan dulu.

andai sikap masing2 pon xfaham, baik belajar dulu. ada org ckp bila dah kawen, baru belajar sikap pasangan 2. bagi sape2 dah kawen ramai b'anggapan mcm ni bukan. aku xkawen lagi, tp aku suka dengar crita2 dr org2 dah kawen. so conclusion aku, baik kenal ati budi dulu. kdg2 time cple, kita xpenah kenal sape pon asal usul dia, dh kawen bru tau yg si dia mat pet. sebab 2 kita dikatakan seharusnya berkenal-kenalan terlebih dahulu bukan. itu adanya adat merisik, bertunang dan seterusnya melayari bahtera pernikahan.

byk tanggungjawab yg harus di pikul selepas berkahwin. itu juga perlu diambil tahu n mempersiapkan diri. jgn bila dah kawen, xnak zuriat pulak. si perempuan pula bersiap sedialah untuk mendengar ckp si suami. xboley nak meninggi suara lagi mcm time cple2.

kawen mmg best bukan. pokok pangkal diri sendiri. ingatlah wahai kaum perempuan, kita ni menjadi cermin kepada suami kita kelak. andai elok perangai kita, eloklah juga apa yg dididik oleh suami kita, andai buruk perangai kita, maka buruklah juga perangai suami kita. pendek kata isteri lambang kepada suami.

wallahualam.

pada sape2 yg hendak melangsungkan p'kahwinan 2, aku ucapkan slamat pengantin baru, moga kekal smpi akhir hayat. n pada yg sedang2 merancang 2, harap perancangan korang m'jadi nyata. boley tambahkan anak2 adam lagi. hikhik. 

p/s:
 incik soldierku..... jom kawennn... haha. eh! jom nikah.. huhu. mood: gedik pulak.. hope ape yg kita rancangkan m'jadi kenyataan. aku ingin jadi yg halal buatmu b. :)

peace!

tengkiu 4 reading.

Saturday, September 24, 2011

hepy bufdey my sweetheart!

salam...

tayang pat wet aye dr abg n kakak. peyok wet aye smpi xmau lepas. (:


tetian tayang ngan pinggang patah aku suh die pakai bju gak

arini bufdey incik tayang yg ke 1 year. pagi2 buta aku dh nyanyi n siap wish kat budak ni tau. genap setahun umo die ni. rasa mcm semalam je die lahir, die menyusu, die baru2 belajar nak bukak mata. cepat betul masa berlalu. pejam celik, pejam celik berat pon dh 2 kg lebih. ni kurang ni.... sejak2 die patah pinggang bulan pose ari uh, berat die turun mendadak.

kesian sgt2.

syukur aku sempat meraikan bufdey die kali ni. msti ade yg kate aku buang tebiat ke hape nak wat die smpi mcm ni. ibarat die ni baby. tp 2 lah hakikatnya. sebab aku suke sgt2 ngan kucing. aku xkesah lau comolot (erkkk kejinya bahasa) ngan tayang pon. sbb aku bese suke kiz die lepas mandikan die. die ni pon bukan mcm kucing lain makan sampah. huhu. dat y x de rase geli pon.

masa pinggang die patah ari uh, 1 umah aku b'sedih. beratus2 jgk habis kat die. nak beli sangkar yg lebih besar tuk keselesaan die sepanjang tempoh kuarantin, melabur duit lagi tuk ubat-ubatan die, melabur duit juga tuk die duk dlm wad berhari2. tp xkesahlah sume 2 asalkan die sembuh. n alhamdulillah dlm sebulan die dh boleh berlari2, dh boleh loncat2, dh boleh jilat seluruh bdn die. semuanya kuasa ALLAH bukan.

bersempena bufdey die arini, dr pg smpai la skrg die sik kena dukung jek ngan abg die la, papa die la, ibu die la. pendek kate semua fmly aku. smpi muntah2 die makan jek arini. mmg sebijik di wat mcm anak kecik. ditatang bagai minyak yg penuh. binatang pon ada jugak perasaannya.

raya ari uh pon aku sggup merata2 mencari saiz baju melayu baby paling kecik. last2 jumpa jgk kat senawang. same kaler ngan aku plak 2. ingat senang ke nak cr baju melayu saiz paling kecik 2? susah tau.

kdg2 aku rasa lau aku ada anak entah mcm mana la aku wat. tah mcm mana la aku manjakan kot. sbb aku suka budak2. aku ada adik kecik. tp bukan setiap masa di samping aku. bukan setiap detik aku boleh belai die. sbb die anak mak tiri aku. x tinggal sebumbung ngan aku. tp aku puas sbb aku dh belikan mcm2 tuk sheril aleesya. :)

okeh.

tayang, mekasih dh memeriahkan umah ni. hepy bufdey my baby dibot! muah!

p/s: lau ko mati besok belum tentu ade kucing yg sesporting ko tayang.


Thursday, September 22, 2011

harap senyuman ini berpanjangan!

salam.

ooowwwhhhhh sgt lama x hapdate blog. slalu mulakan mukadimahnya mcm gini kan? tentu ramai yg windu n3 ceril nih kannn. *sila muntah skrg lau rase loya*. haha.

kadang2 rasa blur n xtau nak hapdate ape dh. sbb aku bukan ade bakat nak cite mcm korang cite. yang hado jelah. ingt lagi x n3 aku psl bertuhankan setan 2? yeh... lau x bace ag, sila bace.. ni susulan drpd n3 2.

since raya, aku dh terasa bahang2 sihir 2 semakin menular dgn b'leluasa kat dlm umah aku ni. *ni yg malas nak cite ni. kompom ade yg xcaya*. :( tp xpe... aku maafkan. antara tanda2 yg slalu aku dpt rasa, mcm ade bnda asing dlm umah aku. aku rasa panas n rasa takut bila time maghrib. n paling aku perasan, bila maghrib aje tapak tangan aku lebam. selebam-lebamnya. time aku kat kolej dulu, time aku n roomate nak pagar rumah kiteorg, aku pon ade kena mcm ni jgk. lebam2 kat tapak tgn. mmg seram sejuk. tp lepas minum air yasin aku ok balik. mcm2 hal lagi yg jadi kat umah aku. nak cite sumenya mcm xde privacy plak kan. senang cite 1 umah kucar kacir n rasa xaman. paling aku xtahan bila ishtihadah b'panjangan disertai ngan sakit kat tulang belakang n peranakan. tuhan je yg tau betapa sakitnya. bukan setiap masa sakitnya. herannya time maghrib bawakla ke tengah malam. adakalanya sampai aku meraung2.

jika org lain tgk pict2 raya aku lam fb, suma ckp aku mcm xda pape. hepy jek. tp hakikatnya xda sape yg tau ape aku tanggung sepanjang beberapa minggu ni. aku xnak rosakkan mood aku sepanjang raya tempoh ari. sebab aku tau time raya jelah dapat kumpul ngan mmber n kazen2 aku. aku xnak la time uh aku bwk diri sorang2, xnak la xceria sbb aku bukan jenis mcm 2. anehnya time kat umah je aku rasa bnda ni suma. kalau aku kat luar or tdo umah mmber or kazen aku, keadaan aku ok! aku xda rasa takut langsung time maghrib menjelma. finally aku mmg dapat rasa yg benda ni "dia" hantar kat umah aku je. slalu aku tgk org lain yg kena. tp bila kena kat diri sendiri baru aku rasa hidup ni xseindah yg kita harapkan.

alhamdulillah smlm aku dh gi berubat kat 1 ustz ni. n alhamdulillah ishtihadah aku tbe2 benti since tengahari tadi yeh! diulang, tengahari tadi!! bayangkan selama beberapa minggu kuar dgn banyaknya then tibe2 stop dgn sendirinya. ini sume kuasa ALLAH S.W.T.. segala yg berlaku juga adalah dengan izinNYA. n aku pon xde rasa ape2 time mghrib tadi n paling penting aku dh dapat solat dgn sempurna arini. syukur alhamdulillah. 

pengajaran yg paling bermakna aku dapat daripada peristiwa ni, aku rasa susah nak percayakan org lain. n aku perlu berhati2 pilih kawan. sebab yg hantar suma ni adlh kwn aku sendiri atas ketidakpuashatian beliau kat aku. ingtlah! org2 ni ade mcm2 kepandaiannya. cukuplah sekali ni je aku terkena. xnak kali ke2, ke3 or seterusnya. kdg2 kita xsedar ape yg kita lakukan dh m'guris hati org lain. walaupon kesalahan 2 dtg dr org itu. lepas ni sape2 je cri psl ngn aku, aku maafkan. apa2 je yg aku hilang lepas ni aku kena redha, aku kena anggap sumanya xda rezeki. hurm.

bagi korang2 yg penah terkena mcm aku kena ni, seelok2nya gi lah berubat ngan mana2 ustz yg serasi ngn korang. moga anasir2 luar ni akan t'hindar dr diri korang. owh yeh, tengkiu pd korang2 yg dh bagi semangat n dorongan masa aku ditimpa musibah ni. n ribuan terima kasih pd uolsss yg dh bagi mcm2 petua, ayat, n surah2 yg patut aku baca. tengkiu.... n also pd mmber2 kolej yg dah watkan solat hajat tuk aku... i'm appreciate it dear..

pada insan yg hantar suma ni, TERIMA KASIH BANYAK2 JUGAK. kita sama2 tggu n lihat apa yg ALLAH akan balas pulak. aku x mendoakan apa2, tp aku tau ada ganjaran yg menanti KAU di sana. amin.

p/s: amat berharap senyuman ini akan kekal berpanjang smpi bila2. amin! lagi 1, apa2 je musibah yg jadi, mohonlah pada ALLAH jln penyelesaiannya. bukan kita hanya goyang kaki n b'harap bomoh2 settlekan ok. pendek kata kita pon usaha jgk. jgnlah kita punya mslh, kita suh org lain settlekan.

~curl yg xbape aku suke sbb aku nmpak lagi tembam~