Monday, December 31, 2012

hantarannya... hantarannya...



salam. 

sebelum




selepas



yeay tuk deco2 hantaran dah siap... tinggal nak letak barang jek lagi. aku wat ngan mmber tak sampai 3 jam dah siap. 



Just counting day. 
semoga segala urusan membina hubungan yang halal di permudahkan n di redhai ALLAH. 

AMIN.

Wednesday, December 19, 2012

bufdey gurl





kecik  kurus  kembong. haha


25 tahun dulu, pada detik 7.30pm seorang ibu dh bertarung  nyawa, jantungnya sangat lemah disebabkan dia memang mempunyai sakit jantung, tapi demi seorang nyawa di dalam rahim, dengan suami di sisi si ibu menjadi sangat kuat! tepat 8.45 pm si ibu selamat melahirkan seorang baby kiut walaupun kelahiran kembar darah. syukur alhamdulillah. dan kini bayi tersebut yang di beri nama SHERIL AMELIA telah membesar bagai johan hasil penjagaan yg baik dr kedua ibu bapanya huhu dan bakal menghadiahkan bakal menantu plak untuk keluarganya. haha. insyaallah. :))


mekasih atas doa-doa kalian. semoga dipermudahkan segalanya. 
amin yarabbalalamin..




Monday, December 10, 2012

dah mula shopping


salam.

peneman setiaku. adikku, manjaku, puteriku, SHERIL ALEESYAku.

cik ceril dh mule shopping barang2 tuk deco for hantaran nnt. rambang mata pegi nilai 3 wehh. bukan kt pilah n bahau xda bendalah ni sume tp ibu n papa prefer pegi ke nilai 3 jugak. senang. suma ada, siapkan duit jelah. oh yeah, barang2 ni sume sponsor by ibu n papa. okey. jimat duit aku. berhabis dalam 3++ jgk la. 




untuk dulang hantaran pinjam jek bff punya (nampak tak kat belakang plastik tu). jimat dah kat situ. disebabkan mini pelamin dh masuk skali dalam pakej mak andam ari uh so tayah nak pikir lagi. just deco bilik. maklum la tetamu kadang2 suka jenguk2 bilik kita. nak tak nak kena deco jugak. ari tu ada beli balang. rasa macam nak isi ikan emas la dalam tu letak sebelah fresh flower. cun dop? mana datang tah idea nak letak ikan emas tu. tunang je pon, tayah beriya sgt tapi bila dah ramai yg msk campur jadi macam beriya pulak. :)

ada lagi masa sebulan lebih. relaks. 

macam tak berapa nak ready la nak tempuh dugaan. hewhewhew. 


tak apelah, 
gunakan konsep 

"PANTANG UNDUR, TERUS MARA".


semoga urusan kami dipermudahkan olehNYA. 

amin.

Monday, December 3, 2012

SELAMAT HARI OKU ANAK-ANAK AHLI SYURGA




*ENTRY SERIUS CIK CERIL

NAMUN KU PUNYA HATI


Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.



Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan, 
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.



Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.



Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan, 
Sampai masa ku pergi jua




Hari ini, 03122012 adalah Hari OKU peringkat kebangsaan. Tak ramai yang tahu tarikh ni telah diiktiraf sejak dulu lagi. 

OKU. 

Sedarkah kita walaupun tika ini kita dilahirkan sebagai normal, tetapi jika ALLAH menarik sedikit nikmat yang kita ada ini, dengan sekelip mata kita semua boleh jadi OKU. BEWARE SAYANG! Bersyukurlah, hargailah segala nikmat yang kita ada ini. Jangan terlalu bangga sangat dengan apa yang kita ada.

Bercerita mengenai OKU, tertarik aku dengan golongan ini sampaikan aku memilih utk menjadi salah seorang petugas PDK di mana kami tidak hanya memberikan didikan, malah kami ibarat ibu dan bapa di sekolah. Makan pakai, segala bagai la kami lakukan. 

Anak-anak ahli syurga ini adakalanya ikut mood sendiri. Ada rajuknya, ada marahnya, ada manjanya! Kami petugas PDK kena pandai tackle hati mereka seboleh mungkin. Harus diingat, anak-anak ahli syurga ini hatinya sensitif.... 

Aku sedih mengenangkan bilamana ada ibu bapa mahupun penjaga golongan ini yang malu untuk menonjolkan anak mereka di khalayak ramai! Ini semua takdir illahi. Siapa kita hendak menolak takdir? Aku tak malu nak mengaku yang ada di kalangan ahli keluarga aku sendiri adalah golongan OKU.  

Ada segelintir ibu bapa yang malu nak hantar anak-anak ahli syurga ni ke sekolah. Biarpun di PDK, mahupun di sekolah pendidikan khas. Jika di hantar anak-anak ini ke sekolah, sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pendidikan mahupun pergaulan dengan rakan lain yang senasib dengan mereka. Tidaklah golongan ini hanya terperuk di rumah sahaja. 

Baru-baru ini aku ada menyertai sukan special olympic Peringkat Negeri Sembilan. Rasa nak menitis airmata tengok dorang berlari, main boling, n macam-macam acara lagi. Lagi hebat dari golongan normal. Suatu hari tu, ada atlet dari PDK mana tah berlari-lari depan aku. Aku tanya nak pegi mana cepat-cepat ini, dia jawab nak ke surau sebab waktu maghrib dah nak habis. Ya Allah! Terpegun aku sekejap. Segelintir golongan macam ini masih ingat ALLAH sedangkan kita sendiri pun leka. 

Macam dah banyak bebel je, dah-dah. 

To my anak-anak ahli syurga :: 
cikgu doakan anda semua sentiasa di rahmati Illahi, jadi anak yang berguna, semoga boleh berdikari dan dapat berdiri di atas bakat sendiri. I'm very proud of uols. muah!

To para petugas PDK n guru-guru pendidikan khas ::
semoga kita dapat mendidik anak-anak ahli syurga ini dengan sebaiknya. kita gunakan amanah yang di berikan ini dan bukan menjadikan ianya sebagai bebanan. Sayangi mereka. Perbetulkan niat kita, insyaALLAH banyak pahala menanti kita. AMIN. 

To ibu bapa n penjaga anak ahli syurga ::
jangan malu tonjolkan mereka di khalayak ramai, di sebalik kekurangan, ada terselit beribu kelebihan yang kita tidak nampak. 

to uols ::
jangan di hina, jangan di caci, jangan di cerca golongan istimewa ini. Mereka lebih mulia di sisi Illahi.

wallahualam. 


i love my anak-anak ahli syurga!

SELAMAT HARI OKU SAYANG.







L.O.V.E




Sunday, December 2, 2012

checklist my e-day


Salam.
 Alamaknya lamanya xupdate. kekangan waktu la tika ni. banyak benda harus didahulukan dari update belog.

owh yeah, sekejap je dah masuk bulan doblas uols. dupdapdupdap then bulan Januari plak. haiya. Macam xready je nak tinggalkan 2012 ni. 

JANUARI?

Bulan jika diizinkan ALLAH tuk aku mengikat tali pertunangan ngan incik bf. *fengsan uols! Takut gak ni. Ari tu masa family incik bf datang umah nak tetap tarikah macam xconfirm nak pilih 13.01.2013 or 20.01.2013. Tp cantik lagi tarikh 13hb tu wehh.. Finally ibu n papa sepakat la pilih tarikh 20.01.2013. ok not bad la. Ikut jek mana yg terbaik.

Ni nak start kena wat checklist la tuk kira mengira bajet... Tp an paling best sebab majlis aku nnt ramai nak sponsor hantaran n macam2 la. Huhuhu. Al-maklumla.. Aku anak sulung, n belah family aku belum ade pon wat kenduri kendara bertunang ke, kawen ke. Takat doa selamat tu selalu ah. Hunnnntungggg tanpa meniaga beb. 


meh nak checklist sket. 



CINCIN TUNANG:  Incik bf ajak beli hujung bulan ni. Tp dh decide bli kat pilah jek. Emas pilah murah n berkualiti.

HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI: 9 DULANG

  • 1) sireh junjung- makngah buat
  • 2) cup cake- tempah jek (tapi belah pihak laki nak bagi aku kazen aku sponsor die) 
  • 3) kek- tempah jek
  • 4) sejadah- nanti beli ngan incik bf
  • 5) kemeja- nanti beli ngan incik bf (die cerewet uols)
  • 6) coklat- kazen payung. homemade. 
  • 7) wajik- ibu buat
  • 8) buah-buahan- amik jek buah kt kampung. kan musim buah skrg ni
  • 9) agar-agar- jiran depan umah sponsor


ops belah pihak lelaki belum decide lagi an. 


Checklist keseluruhan Majlis Pertunangan: 

  • Date & venue - 20.01.2013/ Tmn Jemapoh Murni (done)
  • Time - 11 a.m (done)
  • Guest Count - 150-250 > saudara mara, jiran setaman n bff jek ;p 
  • Pakej pertunangan - <mini pelamin, baju, make up> Rm 750 - (ibu sponsor) (done)
  • door Gifts - belum fikir
  • Photographer- Member. (hujung bulan bayar deposit) Rm500 
  • Juadah makanan - Masak sendiri ngan jiran tetangga (papa handle n sponsor) (done)
  • Khemah rambu ramba - (papa payung jugak) (done)


Nampak macam ade pembaziran kat situ. Tang photographer n pakej pertunangan tu. Tapi memang kena amik jugak memandangkan kazen2 aku pemalu then takkan ade yang nak ke depan amik pict aku huwahuwahuwa. Rm 500 siap outdoor. Ok kot. bley tepek pict kat banting time kawen nnt. Verangan uols. Pakej pertunangan plak lau aku amik 1-1 misalnya make up n baju jek dah kena 600. Then ibu cakap die nak sponsor so amik la skali mini pelamin tu. Wuhuhu.. Ibu yg excited dr aku lak ni. kaler dh decide kaler purple. oh yeah my peberet kaler.

Tinggal nak deco2 dalam bilik je sikit yg simple tp nice. tak leh nak sarung cincin dalam bilik sebab bilik aku kecik then byk barang. Biaselah umah taman. Barang2 nak deco hantaran sume papa n ibu sponsor. Actually dorang x bg aku kuarkan duit sendiri. Tapi aku berkeras gak nak kuarkan sudahnya labur duit kat photographer. hehe. 

Semoga segala urusan ini dipermudahkan olehNYA kita hanya merancang tuhan yang tentukan
 amin.
 

 :)






babai.