Monday, December 3, 2012

SELAMAT HARI OKU ANAK-ANAK AHLI SYURGA




*ENTRY SERIUS CIK CERIL

NAMUN KU PUNYA HATI


Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.



Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan, 
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.



Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.



Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan, 
Sampai masa ku pergi jua




Hari ini, 03122012 adalah Hari OKU peringkat kebangsaan. Tak ramai yang tahu tarikh ni telah diiktiraf sejak dulu lagi. 

OKU. 

Sedarkah kita walaupun tika ini kita dilahirkan sebagai normal, tetapi jika ALLAH menarik sedikit nikmat yang kita ada ini, dengan sekelip mata kita semua boleh jadi OKU. BEWARE SAYANG! Bersyukurlah, hargailah segala nikmat yang kita ada ini. Jangan terlalu bangga sangat dengan apa yang kita ada.

Bercerita mengenai OKU, tertarik aku dengan golongan ini sampaikan aku memilih utk menjadi salah seorang petugas PDK di mana kami tidak hanya memberikan didikan, malah kami ibarat ibu dan bapa di sekolah. Makan pakai, segala bagai la kami lakukan. 

Anak-anak ahli syurga ini adakalanya ikut mood sendiri. Ada rajuknya, ada marahnya, ada manjanya! Kami petugas PDK kena pandai tackle hati mereka seboleh mungkin. Harus diingat, anak-anak ahli syurga ini hatinya sensitif.... 

Aku sedih mengenangkan bilamana ada ibu bapa mahupun penjaga golongan ini yang malu untuk menonjolkan anak mereka di khalayak ramai! Ini semua takdir illahi. Siapa kita hendak menolak takdir? Aku tak malu nak mengaku yang ada di kalangan ahli keluarga aku sendiri adalah golongan OKU.  

Ada segelintir ibu bapa yang malu nak hantar anak-anak ahli syurga ni ke sekolah. Biarpun di PDK, mahupun di sekolah pendidikan khas. Jika di hantar anak-anak ini ke sekolah, sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pendidikan mahupun pergaulan dengan rakan lain yang senasib dengan mereka. Tidaklah golongan ini hanya terperuk di rumah sahaja. 

Baru-baru ini aku ada menyertai sukan special olympic Peringkat Negeri Sembilan. Rasa nak menitis airmata tengok dorang berlari, main boling, n macam-macam acara lagi. Lagi hebat dari golongan normal. Suatu hari tu, ada atlet dari PDK mana tah berlari-lari depan aku. Aku tanya nak pegi mana cepat-cepat ini, dia jawab nak ke surau sebab waktu maghrib dah nak habis. Ya Allah! Terpegun aku sekejap. Segelintir golongan macam ini masih ingat ALLAH sedangkan kita sendiri pun leka. 

Macam dah banyak bebel je, dah-dah. 

To my anak-anak ahli syurga :: 
cikgu doakan anda semua sentiasa di rahmati Illahi, jadi anak yang berguna, semoga boleh berdikari dan dapat berdiri di atas bakat sendiri. I'm very proud of uols. muah!

To para petugas PDK n guru-guru pendidikan khas ::
semoga kita dapat mendidik anak-anak ahli syurga ini dengan sebaiknya. kita gunakan amanah yang di berikan ini dan bukan menjadikan ianya sebagai bebanan. Sayangi mereka. Perbetulkan niat kita, insyaALLAH banyak pahala menanti kita. AMIN. 

To ibu bapa n penjaga anak ahli syurga ::
jangan malu tonjolkan mereka di khalayak ramai, di sebalik kekurangan, ada terselit beribu kelebihan yang kita tidak nampak. 

to uols ::
jangan di hina, jangan di caci, jangan di cerca golongan istimewa ini. Mereka lebih mulia di sisi Illahi.

wallahualam. 


i love my anak-anak ahli syurga!

SELAMAT HARI OKU SAYANG.







L.O.V.E




No comments:

Post a Comment