Monday, January 28, 2013

1 step closer




20012013
musuh -> kawan -> 10 tahun terpisah -> kawan baik -> tunang -> insyaallah menuju yang halal jika diizinkanNYA. perancangan ALLAH adalah perancangan yang terbaik. siapa kita hendak melawan kuasa takdir.


Syukur alhamdulillah. done. Next n3 baru story psl my e-day lah yaa.. :)


babai











Tuesday, January 15, 2013

DUGAAN



Salam. 

Pejam celik pejam celik, hanya tinggal 4 hari lagi bakal jadi tunangan orang. Takut jugak ni. Takut dugaan. Huhu. Sepanjang bulan ni macam2 dugaan yang berlaku. Aku eksiden, kete wat hal, n macam2 lagi la yang terjadi. Beribu jugak terbang. 

Mungkin ada hikmah yang ALLAH S.W.T nak tunjuk n berikan. 

Semoga perjalanan kami untuk menuju Yang Halal dipermudahkanNYA. 

Oh ya, bercerita pasal persiapan, dah 98% siap. Now just counting day. Harap mak andam tak wat hal, harap org2 rewang tak wat hal, harap camerawoman tak wat hal n sangat berharap jugak bakal incik tunang tak wat hal hehe. Setakat ni beliau menyenangkan. Harap sampai ke penghujungnya terus menyenangkan.

Amin. 



Monday, December 31, 2012

hantarannya... hantarannya...



salam. 

sebelum




selepas



yeay tuk deco2 hantaran dah siap... tinggal nak letak barang jek lagi. aku wat ngan mmber tak sampai 3 jam dah siap. 



Just counting day. 
semoga segala urusan membina hubungan yang halal di permudahkan n di redhai ALLAH. 

AMIN.

Wednesday, December 19, 2012

bufdey gurl





kecik  kurus  kembong. haha


25 tahun dulu, pada detik 7.30pm seorang ibu dh bertarung  nyawa, jantungnya sangat lemah disebabkan dia memang mempunyai sakit jantung, tapi demi seorang nyawa di dalam rahim, dengan suami di sisi si ibu menjadi sangat kuat! tepat 8.45 pm si ibu selamat melahirkan seorang baby kiut walaupun kelahiran kembar darah. syukur alhamdulillah. dan kini bayi tersebut yang di beri nama SHERIL AMELIA telah membesar bagai johan hasil penjagaan yg baik dr kedua ibu bapanya huhu dan bakal menghadiahkan bakal menantu plak untuk keluarganya. haha. insyaallah. :))


mekasih atas doa-doa kalian. semoga dipermudahkan segalanya. 
amin yarabbalalamin..




Monday, December 10, 2012

dah mula shopping


salam.

peneman setiaku. adikku, manjaku, puteriku, SHERIL ALEESYAku.

cik ceril dh mule shopping barang2 tuk deco for hantaran nnt. rambang mata pegi nilai 3 wehh. bukan kt pilah n bahau xda bendalah ni sume tp ibu n papa prefer pegi ke nilai 3 jugak. senang. suma ada, siapkan duit jelah. oh yeah, barang2 ni sume sponsor by ibu n papa. okey. jimat duit aku. berhabis dalam 3++ jgk la. 




untuk dulang hantaran pinjam jek bff punya (nampak tak kat belakang plastik tu). jimat dah kat situ. disebabkan mini pelamin dh masuk skali dalam pakej mak andam ari uh so tayah nak pikir lagi. just deco bilik. maklum la tetamu kadang2 suka jenguk2 bilik kita. nak tak nak kena deco jugak. ari tu ada beli balang. rasa macam nak isi ikan emas la dalam tu letak sebelah fresh flower. cun dop? mana datang tah idea nak letak ikan emas tu. tunang je pon, tayah beriya sgt tapi bila dah ramai yg msk campur jadi macam beriya pulak. :)

ada lagi masa sebulan lebih. relaks. 

macam tak berapa nak ready la nak tempuh dugaan. hewhewhew. 


tak apelah, 
gunakan konsep 

"PANTANG UNDUR, TERUS MARA".


semoga urusan kami dipermudahkan olehNYA. 

amin.

Monday, December 3, 2012

SELAMAT HARI OKU ANAK-ANAK AHLI SYURGA




*ENTRY SERIUS CIK CERIL

NAMUN KU PUNYA HATI


Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.



Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan, 
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.



Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.



Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan, 
Sampai masa ku pergi jua




Hari ini, 03122012 adalah Hari OKU peringkat kebangsaan. Tak ramai yang tahu tarikh ni telah diiktiraf sejak dulu lagi. 

OKU. 

Sedarkah kita walaupun tika ini kita dilahirkan sebagai normal, tetapi jika ALLAH menarik sedikit nikmat yang kita ada ini, dengan sekelip mata kita semua boleh jadi OKU. BEWARE SAYANG! Bersyukurlah, hargailah segala nikmat yang kita ada ini. Jangan terlalu bangga sangat dengan apa yang kita ada.

Bercerita mengenai OKU, tertarik aku dengan golongan ini sampaikan aku memilih utk menjadi salah seorang petugas PDK di mana kami tidak hanya memberikan didikan, malah kami ibarat ibu dan bapa di sekolah. Makan pakai, segala bagai la kami lakukan. 

Anak-anak ahli syurga ini adakalanya ikut mood sendiri. Ada rajuknya, ada marahnya, ada manjanya! Kami petugas PDK kena pandai tackle hati mereka seboleh mungkin. Harus diingat, anak-anak ahli syurga ini hatinya sensitif.... 

Aku sedih mengenangkan bilamana ada ibu bapa mahupun penjaga golongan ini yang malu untuk menonjolkan anak mereka di khalayak ramai! Ini semua takdir illahi. Siapa kita hendak menolak takdir? Aku tak malu nak mengaku yang ada di kalangan ahli keluarga aku sendiri adalah golongan OKU.  

Ada segelintir ibu bapa yang malu nak hantar anak-anak ahli syurga ni ke sekolah. Biarpun di PDK, mahupun di sekolah pendidikan khas. Jika di hantar anak-anak ini ke sekolah, sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pendidikan mahupun pergaulan dengan rakan lain yang senasib dengan mereka. Tidaklah golongan ini hanya terperuk di rumah sahaja. 

Baru-baru ini aku ada menyertai sukan special olympic Peringkat Negeri Sembilan. Rasa nak menitis airmata tengok dorang berlari, main boling, n macam-macam acara lagi. Lagi hebat dari golongan normal. Suatu hari tu, ada atlet dari PDK mana tah berlari-lari depan aku. Aku tanya nak pegi mana cepat-cepat ini, dia jawab nak ke surau sebab waktu maghrib dah nak habis. Ya Allah! Terpegun aku sekejap. Segelintir golongan macam ini masih ingat ALLAH sedangkan kita sendiri pun leka. 

Macam dah banyak bebel je, dah-dah. 

To my anak-anak ahli syurga :: 
cikgu doakan anda semua sentiasa di rahmati Illahi, jadi anak yang berguna, semoga boleh berdikari dan dapat berdiri di atas bakat sendiri. I'm very proud of uols. muah!

To para petugas PDK n guru-guru pendidikan khas ::
semoga kita dapat mendidik anak-anak ahli syurga ini dengan sebaiknya. kita gunakan amanah yang di berikan ini dan bukan menjadikan ianya sebagai bebanan. Sayangi mereka. Perbetulkan niat kita, insyaALLAH banyak pahala menanti kita. AMIN. 

To ibu bapa n penjaga anak ahli syurga ::
jangan malu tonjolkan mereka di khalayak ramai, di sebalik kekurangan, ada terselit beribu kelebihan yang kita tidak nampak. 

to uols ::
jangan di hina, jangan di caci, jangan di cerca golongan istimewa ini. Mereka lebih mulia di sisi Illahi.

wallahualam. 


i love my anak-anak ahli syurga!

SELAMAT HARI OKU SAYANG.







L.O.V.E