Thursday, September 29, 2011

best ke kawen?? jawab jgn xjawab!

salam.

best ke kawen? eh paling tepat nikah. best ke? yg dh kawen sila jwb. haha. biasalah dah nak hujung2 taun ni mulelah masing2 melayang2 kad kawen masing2.. nak invited member n sedara mara malah jiran tetangga juga. umo mcm aku skrg a.k.a 24 taun, org tua2 kata sedang elok n tengah2 ranum tuk bernikah. kalau 20 itu terlalu muda, kalau 30 pula terlalu tua. bergantung pada jodoh masing2. ada org itu jodohnya jatuh pada umur 17, ada org itu pula jodohnya jatuh pada 45 tahun. sumanya kuasa ALLAH TAALA.

kalaulah kuasa jodoh itu di tangan aku, aku dh tetapkan 25 nak kawen. sebab musabab? 25 nombor ganjil. haha. eh apedehal ngan 25? sebab aku rasa 25 2 xterlalu tua, n xterlalu muda. sedang2 bukan. itu kalau jodoh di tangan aku la. tp apakan daya, ianya bukan terletak di tangan aku. sumanya takdir yg menentukan.

ada org berkahwin sebab nak elakkan maksiat, ada org berkahwin sebab nak dapatkan harta, ada org berkahwin sebab mak bapak suh kawen n ade org berkahwin sebab serunya sudah smpi. sebenarnya ada byk musabab lagi. bergantung pada seseorang itu. tp ni pendapat aku. xtau lah korang mcm mana pula.

tapi,
berapa ramai pasangan yg telah berkahwin menyesali setiap perkahwinan tersebut? ramai bukan. bagi yg dahulu time cinta cintun, perangai xsama apabila dah berkahwin. contoh time cple, xda langsung si lelaki naik tangan walau sikit kat si perempuan. tp bila dh kawen mula tunjuk belang. siap naik kaki sekali. yg jadi mangsa? si perempuan. contoh lain pula, time cple, si perempuan kata pandai memasak itu dan ini, tp bila dah kawen, masak nasi pon mentah! yg rasa tertipu, si suami la.

itu situasi yg aku rasa. mcm mana pula ngan korang?

kawen mmg senang. ckp kawen pon senang. xcaya? cuba ckp K.A.W.E.N.  senang bukan? haha.

bagi korang2 yg nak kawen 2, persiapkan diri korang selengkap2nya. andai rasa xboleh nak bagi kerjasama, xboleh nak kawal perasaan cemburu buta, xboleh nak rasa harta dikongsi a.k.a harta sepencarian, xboleh nak bagi nafkah zahir n batin n xboley nak wat ape saja yg dirasakan xboley, SEELOK2NYA elakkan berkahwin dulu. duduk dulu n fikir n seterusnya baru korang bertindak. aku ckp mcm ni pon tuju kat diri aku jugak. andai rasa xboley, baik jgn teruskan dulu.

andai sikap masing2 pon xfaham, baik belajar dulu. ada org ckp bila dah kawen, baru belajar sikap pasangan 2. bagi sape2 dah kawen ramai b'anggapan mcm ni bukan. aku xkawen lagi, tp aku suka dengar crita2 dr org2 dah kawen. so conclusion aku, baik kenal ati budi dulu. kdg2 time cple, kita xpenah kenal sape pon asal usul dia, dh kawen bru tau yg si dia mat pet. sebab 2 kita dikatakan seharusnya berkenal-kenalan terlebih dahulu bukan. itu adanya adat merisik, bertunang dan seterusnya melayari bahtera pernikahan.

byk tanggungjawab yg harus di pikul selepas berkahwin. itu juga perlu diambil tahu n mempersiapkan diri. jgn bila dah kawen, xnak zuriat pulak. si perempuan pula bersiap sedialah untuk mendengar ckp si suami. xboley nak meninggi suara lagi mcm time cple2.

kawen mmg best bukan. pokok pangkal diri sendiri. ingatlah wahai kaum perempuan, kita ni menjadi cermin kepada suami kita kelak. andai elok perangai kita, eloklah juga apa yg dididik oleh suami kita, andai buruk perangai kita, maka buruklah juga perangai suami kita. pendek kata isteri lambang kepada suami.

wallahualam.

pada sape2 yg hendak melangsungkan p'kahwinan 2, aku ucapkan slamat pengantin baru, moga kekal smpi akhir hayat. n pada yg sedang2 merancang 2, harap perancangan korang m'jadi nyata. boley tambahkan anak2 adam lagi. hikhik. 

p/s:
 incik soldierku..... jom kawennn... haha. eh! jom nikah.. huhu. mood: gedik pulak.. hope ape yg kita rancangkan m'jadi kenyataan. aku ingin jadi yg halal buatmu b. :)

peace!

tengkiu 4 reading.

1 comment: